PSG sedia perbaharui kontrak Lionel Messi, Sergio Ramos

Shaiful Shamsudin
September 18, 2022 02:26 MYT
Lionel Messi dan Sergio Ramos dijangka akan kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) memandangkan kelab itu sedia membuka rundingan kontrak baru dengan dalam beberapa bulan akan datang.
Kelab yang berpangkalan di Paris itu sebelum ini berjaya meyakinkan bintang Les Bleus, Kylian Mbappe, yang menolak perpindahan ke Real Madrid pada musim panas.
Sentuhan Messi kian berkesan yang menyaksikannya merekodkan 16 bantuan jaringan di peringkat kelab musim ini.
"Saya sangat gembira dengannya (Messi) selepas melalui musim sukar yang lalu.
“Selepas menjadi ikon di Barcelona selama 20 tahun, dia membuat perubahan besar dalam hidupnya, berkelana ke tempat yang berbeza, dalam liga yang berbeza.
“Sekarang kita mula melihat Leo yang akan mencapai tahap yang kita biasa tengok. Adakah dia akan memperbaharui kontraknya? Kami perlu menang banyak tetapi harap dia dapat kekal.

The training session before #OLPSG . ??? pic.twitter.com/9l4FIiwAHT

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) September 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya juga sangat gembira dengan Ramos. Tetapi dia tidak berpuas hati dengan persembahannya musim lalu.
“Saya mengenali rapat Sergio, saya pernah bertemu dengannya di Real, dia akan mengharungi musim yang sangat baik. Dia membuat kemajuan. Perjanjian baru? Kenapa tidak," kata Pengarah Sukan PSG, Luis Campos, melalui Diario AS menjelang pertemuan getir Ligue 1 dengan Lyon, awal pagi esok.
Campos sendiri mengakui terkilan kerana gagal memancing pemain idaman pada musim panas lalu di sebalik kesudian pemilik untuk berbelanja besar dengan meringankan tangga gaji.
#PSG #Lionel Messi #Paris Saint-Germain #Sergio Ramos