PSG mula kempen pertahan Ligue 1 lawan kelab kerdil

Shaiful Shamsudin
Jun 18, 2022 00:28 MYT
Paris Saint-Germain (PSG) dijangka akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Ligue 1 dengan kemenangan sementara kelab yang baru dinaikkan pangkat berdepan jadual sukar dalam perlawanan pembukaan masing-masing.
Mungkin belum jelas lagi siapa yang akan mengendalikan PSG bagi musim baru tetapi PSG sudah tahu identiti lawan mereka kerana perlu bertandang ke Clermont Foot pada awal Ogos depan yang turut menjadi lawan bagi aksi penutup kempen.
Hujung minggu yang sama akan menyaksikan juara 1995-96, Auxerre, kembali ke pentas tertinggi domestik itu selepas 10 musim dalam divisyen kedua untuk berdepan Lille.
Toulouse kembali selepas dua musim di tempat lawan dan akan membuka kempen mereka di tempat sendiri menentang Nice yang menduduki tempat kelima musim lalu.
Selain itu, Ajaccio akan bermain di peringkat ini buat kali pertama sejak 2013-14 dengan berdepan juara tujuh kali, Lyon.
Marseille pula pasti bercita-cita untuk merapatkan jurang 15 mata musim lalu kepada pencabar utama, PSG, dan usaha itu dimulakan di tempat sendiri bertemu Reims. Satu lagi pencabar berpotensi, Monaco, akan melawat Strasbourg.

?? Les 10 matchs de la première journée de championnat ? https://t.co/klgMmr5pDW On est très impatient, et vous ?#CalendrierLigue1UberEats pic.twitter.com/D8jQKpaCkw

— Ligue 1 Uber Eats (@Ligue1UberEats) June 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertembungan 'Classique' pertama di antara PSG dan Marseille akan berlangsung di Parc des Princes pada 16 Oktober depan, perlawanan timbal balik di Stade Velodrom pula dijadualkan pada 26 Februari.
Lille menyambut PSG seawal hujung minggu ketiga musim ini sebelum Monaco melakukan perjalanan ke ibu negara itu, seminggu kemudian.
Marseille berdepan Lyon dan Monaco dalam dua perlawanan sepanjang November sebelum Piala Dunia sementara perlawanan 'Choc des Olympiques' kedua di antara Lyon dan Marseille musim ini akan diadakan di Stadium Groupama pada 23 April.
Sebelum kempen Piala Dunia, perlawanan terakhir melibatkan PSG ialah ketika diuji Auxerre di tempat sendiri.
#PSG #Ligue 1 #Paris Saint-Germain