Pochettino puji wira dua gol Neymar

Ammar Hakim
November 7, 2021 01:17 MYT
Mauricio Pochettino memuji Neymar selepas persembahannya meledak dua gol ketika Paris Saint-Germain 3-2 ke atas Bordeaux dalam saingan Ligue 1.
Neymar menyinar dalam ketiadaan Lionel Messi, menjaringkan dua gol ketika pendahulu liga, PSG berjaya mengatasi Bordeaux sementara Kylian Mbappe turut menemui sasaran semalam.
"Saya berasakan [Neymar] telah bermain dengan baik. Saya berasakan secar keseluruhan, termasuk dengan dua jaringannya," kata ketua jurulatih PSG, Pochettino.
"Jelas sekali dia dan Kylian [Mbappe], yang menjaringkan gol, amat penting buat pasukan ini, gerakan mereka cukup baik dan memastikan kemenangan bagi pasukan kami."
#Neymar #PSG #Mauricio Pochettino #Lionel Messi #Bordeaux #Kylian Mbappe