Pique tidak mahu kecewakan Xavi di Barcelona

Muzaffar Musa
Disember 1, 2021 04:18 MYT
Gerard Pique mengakui bahawa dia kini lebih tertekan untuk memastikan bekas rakan sepasukannya, Xavi -- yang kini merupakan pengurus baru Barcelona -- tidak kecewa.
Pertahanan tengah itu memulakan kesemua tiga perlawanan pertama di bawah bimbingan Xavi, yang dilantik bagi menggantikan Ronald Koeman pada bulan lalu.
Barca merekodkan dua kemenangan dan satu keputusan seri sepanjang tiga perlawanan itu dan kini menduduki tangga ke-10 LaLiga dengan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.
Pique kini berasa lebih tertekan untuk berkhidmat di bawah bimbingan bekas pemain tengah Blaugrana itu, yang pernah mewakili kelab Catalan berkenaan sebanyak 261 kali sewaktu bergelar pemain.
"Xavi telah tiba dan menetapkan standardnya seperti jurulatih lain," kata Pique dalam rancangan televisyen Sepanyol, El Hormiguero.
"Terdapat keperluan untuk dia memberikan arahan dan kami akan memenuhi kesemuanya seperti mana sebelum ini.
"Ia memberikan lebih banyak tekanan buat saya apabila Xavi menjadi jurulatih, anda tidak mahu mengecewakannya.
"Secara moralnya, saya perlu memberikannya yang terbaik dan jika prestasi saya tidak bagus, saya berasa seperti telah menggagalkannya," katanya.

???? ???? ???? pic.twitter.com/pyRSkQ8AnO

— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Barcelona #LaLiga #Gerard Pique #Xavi