Piala Dunia Qatar: Tiada sebarang isu tarian raikan gol Brazil -- Lovren

Muzaffar Musa
Disember 8, 2022 04:28 MYT
Dejan Lovren berasakan tiada sebarang isu mengenai tarian meraikan gol yang dilakukan pemain Brazil menjelang pertemuan pasukan pilihan itu dengan Croatia dalam suku akhir Piala Dunia Qatar malam ini.
Brazil layak ke suku akhir selepas menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam pusingan 16 Selasa lalu dan corak permainan menyerang mereka wajar mendapat pujian.
Bagaimanapun, tarian yang dilakukan pemain Brazil setiap kali mendapatkan jaringan mengundang kritikan sesetengah pihak, di mana pemerhati bola sepak dan bekas kapten Manchester United, Roy Keane, menganggap tarian itu sebagai tidak menghormati pihak lawan.
Pertahanan tengah Croatia, Lovren, tidak bersetuju dengan pandangan itu dengan berpendapat bahawa keraian Brazil itu sememangnya satu tradisi dan tidak berniat buruk.
"Menari selepas menjaringkan gol? Mereka boleh melakukan apa yang mereka mahukan," katanya kepada wartawan.
"Saya tidak melihat sebarang isu mengenainya. Segala-galanya ada batasan tetapi saya tahu bagaimana tradisi Brazil dan saya tidak memandang negatif perkara itu."

The next one is going to be really, really special. ????#FIFAWorldCup #Qatar2022 #Vatreni❤️‍? pic.twitter.com/Im6kLzH5eM

— HNS (@HNS_CFF) December 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Brazil #Croatia #Dejan Lovren #Piala Dunia Qatar