Piala Dunia Qatar: Suarez mahu perancangan berhasil bertemu Jepun

Ammar Hakim
November 26, 2022 11:00 MYT
Jurulatih Costa Rica, Luis Fernando Suarez, berharap pendekatan yang diketengahkan bakal berhasil ketika bertemu Jepun dalam aksi Piala Dunia Qatar esok.
Sepanyol mengatasi Costa Rica 7-0 dalam aksi pembukaan.
Costa Rica mengharungi perlawanan yang sukar, apabila gagal menghasilkan sebarang percubaan sementara Jepun mengejutkan Jerman dengan memenangi 2-1 dalam aksi Kumpulan E.
Costa Rica tidak pernah mengatasi Jepun, dengan rekod pertemuan menyaksikan mereka tewas tiga kali dalam empat pertemuan.
Ditanya apa yang perlu dilakukan oleh pasukannya untuk menangani kekalahan menentang Sepanyol, Suarez berkata, "Saya perlu terus terang -- kami melakukan banyak kesilapan, dan saya fikir kami semua harus jelas tentang kesilapan kami, bermula dengan diri saya sendiri, taktikal pasukan adalah tanggungjawab saya.
"Kami perlu melupakan keputusan itu. Ia akan menjadi sangat sukar. Tetapi kami mempunyai pemain yang cukup bagus untuk bermain secara berbeza.

0 - Costa Rica failed to have a single shot against Spain today, just the second instance of a side failing to have an attempt on goal in a World Cup match since 1966, after Costa Rica themselves against Brazil in 1990. Shy. pic.twitter.com/FOeZi81viq

— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami perlu meningkatkan banyak aspek. Kami perlu memikul tanggungjawab dan kesalahan itu, tetapi juga cara untuk meneruskan adalah dengan memberi tumpuan kepada keputusan positif dan melupakan kekalahan [Sepanyol]."
Bagaimanapun, Suarez berasakan bahawa walaupun pasukannya kurang berprestasi menentang Sepanyol, keputusan itu menggambarkan penampilan mereka.
"Sepanyol adalah pasukan yang lebih baik. Tetapi ini adalah salah satu perlawanan di mana segala-galanya berlaku dengan cara yang berbeza daripada apa yang anda jangkakan," tambahnya.
"Ya, mereka jauh lebih baik, tetapi bukan dengan perbezaan tujuh gol."
#Costa Rica #Jepun #Piala Dunia Qatar #Luis Fernando Suarez