Piala Dunia Qatar: Brazil melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya

Ammar Hakim
Disember 5, 2022 21:19 MYT
Brazil mempamerkan persembahan terbaik di Piala Dunia Qatar setakat ini untuk memperoleh kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan di Stadium 974 sebentar tadi untuk mara ke suku akhir bertemu Croatia.
The Selecao mendahului empat gol dalam tempoh 36 minit -- hanya kali kedua dalam sejarah Piala Dunia mereka menjaringkan empat gol dalam satu separuh masa.
Neymar kembali beraksi dalam kesebelasan utama Brazil, kembali di tahap terbaik selepas tewas 1-0 kepada Cameroon malah bertindak selaku penjaring gol menerusi sepakan penalti selepas Vinicius Junior membuka jaringan.
Richarlison dan Lucas Paqueta memastikan perlawanan sukar untuk dikejar Korea Selatan, yang memperoleh gol saguhati menerusi Paik Seung-ho di separuh masa kedua.

What a first-half display! ??⚡️#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/zVRiKvd3Hr

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Brazil sekadar menjaringkan tiga gol daripada 57 percubaan di peringkat kumpulan, berbanding tiga gol yang disempurnakan daripada lima percubaan ketika bertemu Korea Selatan.
Neymar yang kembali dalam kesebelasan utama selepas diketepikan dua perlawanan ekoran kecederaan telah meledak gol yang ke-76 buat Brazil, meletakkan dirinya ketinggalan satu jaringan di belakang Pele selaku penjaring gol terbanyak Brazil.
Brazil bakal kembali beraksi Jumaat ini di Al Rayyan, dengan Croatia menanti sebagai penghalang mereka untuk ke separuh akhir.
#Neymar #Brazil #Croatia #Korea Selatan #Piala Dunia Qatar