Piala Dunia Qatar: Benam Belgium warnai malam penuh indah buat Maghribi

Ammar Hakim
November 27, 2022 14:59 MYT
Skuad Maghribi mencipta salah satu kejutan dalam saingan Piala Dunia Qatar apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Belgium 2-1 dalam aksi peringkat Kumpulan F di Stadium Al-Thumama sebentar tadi.
Persembahan yang menakjubkan di separuh masa kedua daripada Maghribi telah menghadirkan kemenangan yang cukup bergaya dalam aksi Piala Dunia ke atas Belgium.
Kemenangan buat skuad kendalian Roberto Martinez bakal menyaksikan mereka menjadi pasukan kedua layak ke peringkat kalah mati, mengiringi Perancis namun jangkaan itu tidak berhasil.
Selepas sepakan percuma pada separuh masa pertama daripada Hakim Ziyech dibatalkan, taktikal sama digunapakai dalam separuh masa kedua apabila Abdelhamid Sabiri meletakkan Maghribi di landasan untuk meraih kemenagan ketiga dalam sejarah Piala Dunia mereka.
Kemenangan mereka dilengkapi ketika perlawanan melewati minit-minit akhir permainan, Zakaria Aboukhlal merembat masuk bola dari jarak dekat sekaligus menyaksikan saingan Kumpulan F kembali terbuka ketika berbaki satu pusingan lagi.

1 - Abdelhamid Sabiri has scored Morocco’s first ever direct free-kick goal at the World Cup, while it was the first direct free-kick goal scored by any nation at World Cup 2022. Curled. pic.twitter.com/BVnmdcuXmS

— OptaJoe (@OptaJoe) November 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas memenangi lapan perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia, kemenangan bakal memberikan satu rekod baru yang bakal dicipta Belgium, selepas kali terakhir kalah di peringkat tersebut pada 1994.
Keputusan ini menyaksikan kekalahan pertama Belgium kepada negara Afrika di Piala Dunia, dan Maghribi hanya memerlukan satu mata bertemu Kanada untuk mara ke pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 1986.
#Belgium #Maghribi #Piala Dunia Qatar