Piala Dunia: Paul Pogba tidak sempat pulih perkuat Perancis

Shaiful Shamsudin
November 1, 2022 04:07 MYT
Paul Pogba akan terlepas kempen Piala Dunia Perancis, menurut ejen pemain tengah Juventus itu.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang merupakan tonggak kejayaan skuad kendalian Didier Deschamps dalam kempen Russia 2018 pada awalnya dijangka akan memperkuatkan Les Bleus sekiranya cergas.
Tetapi sejak kembali ke Turin daripada Manchester United musim panas lalu, Pogba bergelut dengan kecederaan lutut dan pembedahan yang tertangguh menyebabkan situasinya tersepit.
Kini, ejen pemain itu, Rafaela Pimenta, berkata pemain tengah tersebut tidak akan kembali sama ada tugas domestik bersama Juventus mahupun berada di dalam pesawat menuju ke Qatar bersama Perancis.
“Selepas semakan perubatan di Torino dan Pittsburgh semalam dan hari ini, adalah amat memedihkan untuk mengatakan bahawa Paul Pogba masih memerlukan tempoh pemulihan berikutan pembedahannya,” kata Pimenta kepada Telefoot.
"Atas sebab ini, Paul tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum rehat Piala Dunia mahupun pasukan kebangsaan Perancis di Qatar. Jika angan-angannya mampu mengubah keadaan, maka Paul akan bermain esok.

Medical Update | @WMckennie and @paulpogba ⤵️

— JuventusFC (@juventusfcen) October 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tetapi apa yang mengubah sesuatu itu ialah kerja keras, ketabahan dan disiplin, itulah yang bermain di dalam fikiran Paul dalam tempoh yang mencabar ini.
"Paul akan terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk kembali ke padang demi peminat dan pasukannya secepat mungkin."
Perancis akan memulakan kempen mempertahankan mahkota berprestij itu menentang Australia pada 23 November sebelum berdepan Denmark dan Tunisia dalam dua lagi perlawanan Kumpulan D.
#Juventus #Paul Pogba #Piala Dunia Qatar