Perseteruan Mercedes-Redbull baik untuk F1 -- Wolff

Ammar Hakim
Disember 10, 2021 01:14 MYT
Pengurus Mercedes, Toto Wolff, percaya perlumbaan kejuaraan Formula Satu yang dramatik tahun ini adalah 'luar biasa untuk sukan itu'.
Lewis Hamilton dan Max Verstappen menuju ke grand prix terakhir musim ini berkongsi mata dalam di puncak dalam saingan kejuaraan pemandu.
Manakala Mercedes pula dalam usaha untuk memenangi gelaran jentera buat kali kelapan. Jurang di antara mereka dan Red Bull adalah 28 mata, namun pasukan Wolff berkemungkin tewas kepada pencabar terdekat mereka itu.
Dengan drama sedemikian yang dijanjikan di Abu Dhabi hujung minggu ini, Wolff berpendapat ia hanya boleh menjadi rangsangan kepada F1, selepas sebelum ini didominasi Mercedes.
Sesungguhnya, Hamilton menyasarkan untuk rekod kejuaraan dunia kelapan dan kejayaan kejuaraan kelima berturut-turut.
Sejak 2014, Hamilton hanya gagal memenangi kejuaraan sekali sahaja, menduduki tempat kedua selepas rakan sepasukan Nico Rosberg pada 2016, manakala Verstappen dan Red Bull membida gelaran sulung.
"Perlumbaan terakhir akan menjadi sengit, tetapi penting untuk tidak hilang fokus, hanya fokus kepada persiapan pasukan dan menghasilkan persembahan terbaik," kata Wolff.
"Kami bersyukur kerana masih dalam persaingan ini. Hakikatnya bahawa kedua-dua kejuaraan akan diputuskan pada akhir musim membuktikan betapa sukarnya kedua-dua pihak dalam mencabar antara satu sama lain dan mendorong satu sama lain untuk maju ke hadapan."

A finishing record to behold as we return to Abu Dhabi ? We are merely days away from capping and end to our unforgettable season so far ✨#F1 #HistoryAwaits pic.twitter.com/TP2SiaJpni

— Formula 1 (@F1) December 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mercedes #Lewis Hamilton #Red Bull #Max Verstappen #FIA F1 World Championship #Toto Wolff