Nkunku lanjut kontrak dengan RB Leipzig di sebalik spekulasi ke England

Muzaffar Musa
Jun 24, 2022 03:09 MYT
Christopher Nkunku menandatangani kontrak baru bersama RB Leipzig yang akan mengikatnya di kelab itu sehingga 2026.
Pemain kebangsaan Perancis itu melanjutkan kontrak selama dua tahun selepas dikaitkan untuk menyertai beberapa pasukan, termasuk dua kelab gergasi England, Chelsea dan Manchester United.
Sejak tiba daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2019, Nkunku mempamerkan aksi cemerlang bersama Leipzig dan memecahkan rekod sumbangan gol terbesar kelab itu dengan 54 jaringan.
Penyerang itu juga merupakan sebahagian daripada skuad Leipzig ketika mereka memenangi gelaran DFB-Pokal buat kali pertama musim lalu.
Disebalik spekulasi perpindahannya, Nkunku akhirnya memutuskan untuk kekal bersama kelab Jerman berkenaan.
Leipzig akan memulakan musim baru dengan aksi DFB Supercup bertemu Bayern Munich pada 30 Julai ini dan kempen baru Bundesliga mereka pula akan dibuka dengan kunjungan ke laman Stuttgart pada 6 Ogos depan.
#bola sepak #RB Leipzig #Bundesliga #Crhistopher Nkunku