Mourinho label Juventus, Barcelona sebagai kelab gagal di UCL

Ammar Hakim
Oktober 14, 2022 04:53 MYT
Ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho, menyindir kelab yang layak ke peringkat kalah mati Liga Europa melalui pintu belakang sebagai 'jerung yang gagal dalam Liga Juara-Juara'.
Skuad kendalian Mourinho bersaing untuk melangkah ke peringkat kalah mati susulan seri 1-1 dengan Real Betis dalam aksi Kumpulan C ketika menghuni tangga ketiga denganempat mata, di belakang Betis (10) dan Ludogorets (tujuh). Roma masih berharap untuk mengatasi Ludogorets menerusi baki dua perlawanan dalam aksi kumpulan.
Keputusan seri itu, bagaimanapun, bermakna Betis berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya dan Mourinho ditanya sama ada mereka adalah pasukan pilihan Liga Europa, menyaksikan dia menyindir kelab seperti Barcelona dan Juventus secara tersirat bakal menyertai saingan itu.
"Saya melihat mereka [Betis] sebagai calon, tetapi jerung yang gagal dalam Liga Juara-Juara akan tiba, dan mereka akan datang dengan kualiti berbeza," kata Mourinho, merujuk kepada pasukan yang jatuh ke Liga Europa selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan Liga Juara-Juara mereka.
"Mereka tidak sepatutnya datang tetapi ia adalah realiti. Ia akan menjadi saingan lebih menyeronokkan. Kelab yang gagal di pentas Liga Juara-Juara."
Antara kelab yang kini berada di tempat ketiga dalam kumpulan Liga Juara-Juara ialah Barcelona, Juventus, Ajax, Atletico Madrid dan Milan.
Sekiranya Roma gagal menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas Kumpulan C, mereka akan layak ke Liga Conference di mana mereka akan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di bawah kendalian Mourinho musim lalu.
Pengendali kelahiran Portugal itu menambah: "Kami mahu melepasi dan menduduki tempat kedua, tetapi jika kami menduduki tempat ketiga, kami akan menjadi calon untuk mengekalkan kejuaraan Liga Conference."

"We have two games left, two games we need to win – if we don’t win those then we are out. But that’s a good thing too, because we can focus on ourselves – we don’t have to worry about other results elsewhere.” #ASRoma #UEL #RealBetisRoma

— AS Roma English (@ASRomaEN) October 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jose Mourinho #Barcelona #Juventus #Roma #Real Betis #UEFA Champions League #UEFA Europa League #Serie A #UCL #Liga Juara-Juara #UEL #Bolasepak