Mbappe, Rashford gambaran terkini, masa depan bola sepak -- Pogba

Muzaffar Musa
Mei 5, 2021 04:49 MYT
Bintang Manchester United, Paul Pogba, berkata bahawa penggempur Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, dan penyerang Manchester United, Marcus Rashford, merupakan "gambaran terkini dan masa depan bola sepak".
Rakan senegara Pogba, Mbappe, 22, telah mencipta nama sebagai salah seorang pemain terbaik di Eropah dengan memenangi Piala Dunia selain empat gelaran Ligue 1 untuk terus dikaitkan dengan pasukan besar LaLiga, Real Madrid.
Rashford pula -- rakan sepasukan Pogba di Old Trafford -- telah menjadi pemain utama buat United dan England, selain pemain berusia 23 tahun itu turut mencuri tumpuan atas usahanya di luar padang dalam membantu kanak-kanak miskin.
Pogba memuji kedua-dua pemain itu dalam satu sesi soal jawab bersama penyokong United.

Your Tuesday evening plans = sorted ✔ Enjoy our 15-minute feature with @PaulPogba as he tackles your wide-ranging questions ?#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mereka berdua merupakan bakat yang amat-amat besar. Saya fikir mereka masih amat muda dan berbakat," kata Pogba ketika ditanya mengenai Mbappe dan Rashford.
"Mereka telah mencapai banyak perkara pada usia yang masih muda. Saya fikir mereka adalah (gambaran) terkini dan masa depan bola sepak."
Pogba turut ditanya soalan yang berkaitan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Bintang Barcelona, Messi, telah memenangi enam Anugerah Ballon d'Or manakala ayam tambatan Juventus, Ronaldo, pula dengan lima anugerah yang sama untuk kedua-dua pemain itu terus mencetuskan perdebatan mengenai siapa pemain terbaik sepanjang zaman.
"Ia soalan yang bagus tetapi agak licik dan bagi saya, tiada yang lebih baik.
"Dua pemain berbeza. Mereka berdua telah memberikan kegembiraan dalam bola sepak.
"Setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai mereka, dua pemain legenda.
"Bagi saya, saya hanya mahu katakan bahawa mereka berdua adalah legenda dan tiada yang lebih baik di antara mereka.
"Dua pemain yang memberikan pemain bola sepak atau pencinta bola sepak kegembiraan untuk menyaksikan mereka," katanya lagi.
#Manchester United #Marcus Rashford #PSG #Paul Pogba #Kylian Mbappe