Mbappe janji tidak akan tinggalkan PSG bulan depan

Muzaffar Musa
Disember 29, 2021 04:21 MYT
Kylian Mbappe berjanji tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Real Madrid dalam jendela perpindahan bulan depan.
Kontrak pemain kebangsaan Perancis itu bersama PSG hanya berbaki enam bulan dan pernah ditawarkan sejumlah wang yang besar untuk ditebus Los Blancos pada Ogos lalu tetapi ditolak oleh pasukan Paris itu.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu berkata dia tidak berniat untuk bertukar pasukan pada pertengahan musim ini dan kekal fokus untuk memenangi trofi di ibu kota Perancis berkenaan.
"Tidak, saya tidak akan menyertai Real madrid bulan depan," kata Mbappe kepada CNN.
"Ia tidak akan berlaku pada bulan Januari.
"Saya berada di Paris Saint-Germain, saya amat gembira dan saya akan memberikan 100 peratus untuk menamatkan musim ini sebagai pemain PSG.
"Saya akan memberikan segala yang saya ada untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), liga dan piala. Dan saya akan memberikan segala kegembiraan buat penyokong kami kerana mereka layak mendapatkannya.
"Saya amat gembira untuk kekal di sini. Ia juga adalah bandar saya. Saya seorang rakyat Perancis. Saya mahu memenangi segala-galanya musim ini," katanya.
Pasukan gergasi Ligue 1 itu perlu berharap Mbappe akan bersetuju dengan lanjutan kontrak yang ditawarkan mereka tetapi berisiko kehilangan pemain bintang itu secara perpindahan percuma seandainya Mbappe enggan meneruskannya.
PSG, dalam pada itu, akan bertemu Madrid dalam pusingan 16 UCL pada Februari dan Mac depan.

??️? Following the new draw, @PSG_English will face @realmadriden in the Last 16 of the @ChampionsLeague ??#UCLdraw pic.twitter.com/AZno0loToK

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Real Madrid #PSG #Kylian Mbappe #Ligue 1 #LaLiga