Luis Suarez ingin kembali ke Eropah

Shaiful Shamsudin
September 20, 2022 01:58 MYT
Kepulangan Luis Suarez bersama kelab zaman remaja, Nacional, buat kali kedua dalam kariernya tidak akan bertahan lama memandangkan dia masih berhasrat kekal di Eropah.
Bekas penyerang Liverpool dan Barcelona itu terbukti kekal berbisa sejak meninggalkan Atletico Madrid musim panas lalu apabila menyumbangkan empat gol dalam lapan perlawanan bersama kelab yang berpangkalan di Montevideo berkenaan.
Walaupun enggan memperincikan butiran kontrak itu, ketua kelab Nacional, Jose Fuentes, mengakui perjanjian sebelum ini hanya akan berlangsung beberapa bulan sahaja.
"Sebaik kempen di Uruguay berakhir, Suarez akan pergi begitulah kami mengatur perjanjiannya," katanya kepada ESPN.

? ?????? & ???? Rochet y Suárez se sumaron al plantel en Viena. #ElEquipoQueNosUne pic.twitter.com/95ZKv328YX

— Selección Uruguaya (@Uruguay) September 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Itulah yang kami persetujui dan dia berusaha keras untuk datang ke sini," katanya. .
"Saya mengatakan ini demi mengelak harapan peminat. Suarez akan pergi. Kami telah bertanya kepadanya dan jawapannya sama seperti sebelum ini."
#Luis Suarez #Nacional #Uruguay