Lionel Messi mungkin sarung semula jersi Barcelona

Shaiful Shamsudin
September 28, 2022 02:08 MYT
Tidak mustahil Lionel Messi pulang ke Barcelona sebaik kontraknya di Paris Saint-Germain (PSG) berakhir hujung musim depan dan kepulangannya ke Camp Nou pastinya akan dialu-alukan pasukan bimbingan Xavi Hernandez berkenaan.
Ketua pasukan Argentina itu berdepan kesukaran sejak berkelana tahun lalu tetapi mula mempamerkan keupayaan sebenarnya dengan menghasilkan 14 gol dalam 11 perlawanan kompetitif setakat ini.
Bercakap mengenai prospek Messi kembali ke Barça, wartawan La Portteria, Marc Marba, menganggap kepulangan itu hanya mampu direalisasikan seandainya gergasi LaLiga tersebut menyelesaikan konflik dalaman yang membabitkan Gerrard Pique.

? Lionel Messi is now the 3rd highest International Goalscorer of all time! 90 International Goals! pic.twitter.com/gzTWByWX2y

— Exclusive Messi ➐ (@ExclusiveMessi) September 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hubungan mereka menjadi dingin ketika kelab itu berdepan isu kewangan dan hingga kini, mereka masih enggan bertegur sapa.
Dengan pertahanan itu dijangka menetapkan hala tuju baru dalam kariernya seawal Januari depan apabila dikaitkan ke Atletico Madrid, Messi pula mungkin akan memuktamadkan masa depannya sejurus kempen Piala Dunia Qatar bersama Argentina.
#Barcelona #Lionel Messi