Legenda Arsenal, Liverpool meninggal dunia pada usia 70 tahun

Muzaffar Musa
Disember 1, 2021 02:23 MYT
Legenda Arsenal dan Liverpool, Ray Kennedy, meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Kennedy, yang kematiannya diumumkan awal pagi tadi, merupakan bintang utama bola sepak Inggeris sekitar 1970an dan 1980an, di mana dia memenangi hampir setiap trofi yang dipertandingkan.
Dia memainkan peranan penting ketika The Gunners meraih gelaran domestik berganda pada 1971 dan menjaringkan 71 gol daripada 212 perlawanan sebelum berpindah ke Merseyside pada 1974.
Di Liverpool, peranannya beralih daripada penyerang kepada pemain tengah sebelum memenangi lima gelaran liga dan tiga kejuaraan Piala Eropah sepanjang tujuh setengah tahun di Anfield.
Walaupun kehadiran pengurus legenda The Reds, Bill Shankly, telah membayangi aksinya, Kennedy masih dapat merekodkan 72 gol daripada 393 penampilan buat Liverpool.
Kennedy, yang turut menjaringkan tiga gol daripada 17 penampilan mewakili England, kemudian menyertai Swansea City, Hartlepool dan kelab Cyprus, Pezoporikos.
Bagaimanapun, dia mula mengalami masalah kesihatan pada pertengahan 1980an, di mana dia disahkan menghidap Parkinson.

We are mourning legendary former player Ray Kennedy, who has passed away at the age of 70. The thoughts of everybody at Liverpool Football Club are with Ray’s family and friends at this sad and difficult time. Rest in peace Ray, 1951-2021

— Liverpool FC (@LFC) November 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ray Kennedy ❤️ For ???? goal and for so much more, we thank you ? pic.twitter.com/Jb3SB2B0QK

— Arsenal (@Arsenal) November 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Arsenal #Liverpool #Liga Perdana Inggeris #Ray Kennedy