Kolo Toure hanya bertahan kurang dua bulan di Wigan Athletic

Muzaffar Musa
Januari 27, 2023 02:28 MYT
Kolo Toure dipecat Wigan Athletic kurang dua bulan selepas mengambil alih pasukan Liga Kejuaraan berkenaan.
Toure, yang merupakan bekas pertahanan Arsenal, Manchester City dan Liverpool, dilantik sebagai pengurus Wigan pada 29 November lalu dan ia merupakan tugasan pertamanya selaku pengendali pasukan.
Bagaimanapun, pengurus berusia 41 tahun itu dipecat semalam, hanya 59 hari selepas dilantik dan gagal memenangi kesemua sembilan perlawanan di bawah bimbingannya.
Sepanjang tenmpoh itu, Wigan tewas enam perlawanan dan terperosok di tangga terbawah Liga Kejuaraan dengan hanya 25 mata daripada 28 perlawanan.
Ketua Eksekutif The Latics, Malachy Brannigan, berkata: "Yang pertama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kolo atas usahanya sepanjang berada di kelab bola sepak ini.
"Malangnya, keputusan di atas padang tidak seperti yang kami harapkan dan walaupun ia satu keputusan yang sukar, pihak Lembaga berasakan adalah satu keperluan untuk kami mendapatkan kemungkinan terbaik bagi mengekalkan kelab ini dalam saingan Liga Kejuaraan musim depan."

Wigan Athletic can confirm that they have parted company with First Team Manager, Kolo Touré.#wafc ?⚪️ #BELIEVE

— Wigan Athletic (@LaticsOfficial) January 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Wigan Athletic #Liga Kejuaraan #Kolo Toure