Kolasinac sertai Marseille dengan percuma

Shaiful Shamsudin
Januari 19, 2022 01:43 MYT
Sead Kolasinac berkelana ke Marseille secara percuma selepas pertahanan itu dilepaskan Arsenal.
Pemain antarabangsa Bosnia dan Herzegovina itu meninggalkan Gunners semalam sebaik mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya.
Khidmat Kolasinac tidak begitu diperlukan di kelab Liga Perdana Inggeris itu apabila kembali ke Schalke secara pinjaman dalam kempen lalu.
Bagaimanapun, pmain berusia 28 tahun itu akan berpindah lagi dan kali ini memilih ke Ligue 1 dalam satu perjanjian yang akan mengekalkannya hingga hujung musim depan.
Kolasinac membuat 118 penampilan untuk Arsenal selepas meninggalkan Schalke pada Jun 2017, tetapi hanya lima kali diturunkan oleh Mikel Arteta pada musim ini.
Dia menjadi pemain baru kedua Marseille dalam jendela perpindahan bulan ini susulan kehadiran penyerang Beijing Guoan, Cedric Bakambu.

Sead Kolašinac est Olympien ! ?⚪️#WelcomeSead ?? pic.twitter.com/SPDOiJdxyh

— Olympique de Marseille (@OM_Officiel) January 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Marseille #Sead Kolasinac