Kim Min-jae perkasa benteng Napoli

Shaiful Shamsudin
Julai 28, 2022 00:24 MYT
Napoli mengumumkan pembelian pertahanan tengah, Kim Min-jae, daripada Fenerbahce dengan bayaran €19.5 juta (RM88.6j) ke atas pemain antarabangsa Korea Selatan itu bagi menampung kehilangan Kalidou Koulibaly.
Pasukan kendalian Luciano Spalletti itu menduduki tempat ketiga Serie A dalam usaha mendakap Scudetto pertama sejak era Diego Maradona selain melepaskan gol paling sedikit, 31 kali, di samping Milan.
Begitupun, Partenopei sentiasa memantau pasaran pemain sejak kehilangan pertahanan kental, Koulibaly, kepada Chelsea dalam perjanjian bernilai €40j (RM181.7j), awal bulan ini.
Kim, yang mempunyai 42 penampilan antarabangsa dan berharap tersenarai ke Piala Dunia apabila Korea Selatan berdepan Uruguay pada 24 November depan, menikmati tempoh semusim yang mengagumkan di Turki.
Setelah memperkasakan benteng Fenerbahce apabila hanya melepaskan 38 gol liga musim lalu, pemain berusia 25 tahun itu menandatangani perjanjian tiga tahun dengan pilihan melanjutkannya dua musim lagi di Itali.
Laporan juga mencadangkan Kim akan mempunyai klausa pelepasan sebanyak €45j (RM204.4j).

Benvenuto Minjae! #ADL pic.twitter.com/aX8QFDNm4H

— AurelioDeLaurentiis (@ADeLaurentiis) July 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Napoli #Serie A #Kim Min-jae