Kevin Durant minta pertukaran tinggalkan Nets

Ammar Hakim
Julai 1, 2022 00:28 MYT
Kevin Durant telah meminta pertukaran dari Brooklyn Nets, menurut laporan yang meluas.
Durant mahu bertukar angin menerusi pendedahan yang dilakukan semalam, beberapa kelab utama mula mengelilingi di sekitar bekas MVP itu.
Durant berada di bawah kontrak sehingga 2026, tetapi Adrian Wojnarowski dari ESPN berkata pengurus besar Nets, Sean Marks, sedang bekerjasama dengan pemain dan pengurus perniagaannya, Rich Kleiman, untuk mencari pertukaran pemain.
Penyerang All-Star 12 kali itu kini berusia 33 tahun namun akan menguasai pakej perdagangan yang besar.
Wojnarowski menyifatkan Durant sebagai 'salah satu aset perdagangan paling berharga yang pernah ada di pasaran'. Dia menambah Nets telah menerima panggilan dan menjangkakan 'pulangan bersejarah bagi pemain dan pilihan draf'.
Phoenix Suns dan Miami Heat telah disenaraikan antara destinasi yang berpotensi.

Summer hoops coming ? pic.twitter.com/PAVQ72dfdT

— Brooklyn Nets (@BrooklynNets) June 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kevin Durant #Kyrie Irving #NBA #basketball #Brooklyn Nets