Kelayakan Piala Dunia: Silva mohon maaf kepada penyokong Portugal

Ammar Hakim
November 15, 2021 02:13 MYT
Bernardo Silva memohon maaf kepada penyokong Portugal berikutan kekalahan dramatik 2-1 kepada Serbia di Lisbon awal pagi tadi memaksa Selecao ke play-off kelayakan Piala Dunia.
Portugal hanya perlu mengelak kekalahan untuk menduduki tempat teratas Kumpulan A dan mengesahkan tempat kelayakan automatik untuk kejohanan di Qatar tahun depan.
Jaringan awal Renato Sanches meletakkan tuan rumah di depan, tetapi Dusan Tadic menyamakan kedudukan dan Aleksandar Mitrovic menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-90 untuk mengesahkan tempat Serbia ke Piala Dunia.
Pemain tengah Manchester City, Silva mengakui Portugal gagal beraksi cemerlang dalam kekalahan mereka.
“[Ia adalah] perlawanan yang mengecewakan untuk Portugal,” kata Silva kepada O Jogo. "Kami berjaya menjaringkan gol awal, tetapi kemudian kami berhenti bermain. Kata-kata mengecewakan saya. Kami perlu melakukan memberikan lebih daripada yang kami lakukan hari ini.
"Kami akan ke play-off, di mana kami mampu beraksi baik di laman sendiri. 65,000 penyokong akan sentiasa membantu kami. Saya ingin meminta maaf kerana mereka datang untuk melihat permainan yang tidak sepatutnya mereka lihat.
"Rancangannya adalah untuk cuba memenangi perlawanan ini. Mengawal permainan, namun ia tidak berhasil kali ini. Ia adalah persembahan yang tidak dapat diterima Kami perlu menilai semula dan cuba memperbaikinya."

⏹ Final do jogo. O objectivo do Mundial ainda não acabou: há um play-off para disputar. Vamos todos, #VamosComTudo! pic.twitter.com/IXG0t2WWoQ

— Portugal (@selecaoportugal) November 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Portugal #Serbia #Bernardo Silva