Kelayakan Piala Dunia: Gol kemenangan Ronaldo ke atas Serbia dinafikan pengadil

Muzaffar Musa
Mac 28, 2021 01:15 MYT
Gol kemenangan Cristiano Ronaldo pada lewat permainan dinafikan pengadil untuk Portugal sekadar terikat 2-2 dengan Serbia dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.
Terdahulu, dua gol awal Diego Jota dipadam oleh jaringan Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic dalam babak kedua -- Mitrovic turut menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Serbia dengan gol antarabangsa ke-39 -- dalam aksi di Stadium Rajko Mitic itu.
Kapten Portugal, Ronaldo, yakin percubaan terakhirnya sudah melintasi garisan gol tetapi pegawai perlawanan percaya Stefan Mitrovic telah mengeluarkan bola itu lebih awal dan kad kuning dilayangkan buat bintang Juventus itu, yang kelihatan berang dan membaling lilitan lengannya ke lantai.
Ia bermakna Portugal dan Serbia, yang beraksi kurang seorang pemain apabila Nikola Milenkovic dibuang padang sebelum drama minit akhir itu, kedua-duanya telah mengumpulkan empat mata dan berkelebihan satu mata di atas Luxembourg -- yang menewaskan Republik Ireland 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.
Kedua-dua pasukan itu akan kembali beraksi Khamis ini dengan Portugal akan berkunjung ke laman Luxembourg manakala Serbia pula ke Azerbaijan.

? 90'+3 | Ronaldo festeja, mas o árbitro diz que a bola não passou a linha...#SRBPOR | 2-2 | #VamosComTudo #WCQ

— Portugal (@selecaoportugal) March 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Portugal #Serbia #kelayakan Piala Dunia