Kejohanan Wimbledon: Nadal mula muak cakap soal kecederaan kakinya

Shaiful Shamsudin
Jun 29, 2022 03:15 MYT
Rafael Nadal gembira untuk melepasi ujian getir menentang Francisco Cerundolo ketika membuka kempen Kejohanan Wimbledon sambil enggan menyalahkan kecederaan kakinya selepas tercicir set ketiga ketika menentang pemain Argentina itu.
Nadal terpaksa bekerja awal pagi tadi apabila memerlukan tiga jam dan 33 minit untuk menyudahkan kemenangan 6-4, 6-3, 3-6, 6-4 ke atas Cerundolo.
Juara 22 Grand Slam itu melakukan 41 kesilapan sebelum menyusunkan semula rentaknya untuk mara ke pusingan kedua dengan memenangi 11 mata berturut-turut ketika bangkit daripada ketinggalan dalam set keempat untuk mengesahkan pertemuan dengan Ricardas Berankis.
Pemain Sepanyol itu berkata kekurangan aksinya di atas rumput sentiasa membuatkannya bergelut di gelanggang rumput.
"Saya akan bercakap tentang kaki saya hari ini dan tidak lagi selepas ini, tidak pasti sama ada ia bagus untuk anda semua," kata pilihan kedua itu.

Up and running at #Wimbledon 2022 ??@RafaelNadal overcomes a stern Centre Court test from Francisco Cerundolo#CentreCourt100 pic.twitter.com/qt6b7t9bCF

— Wimbledon (@Wimbledon) June 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita tidak boleh bercakap tentang kaki saya setiap hari. Jika tidak, kita akan lupa perkara yang paling penting: iaitu tenis.
“Saya perlu memberikan penghargaan kepada Fran, dia beraksi hebat dan dia adalah lawan yang sangat sukar.
“Rumput bukanlah permukaan yang kami kerap bermain terutama dalam kes saya. Atas sebab berbeza, tiga tahun lalu saya tidak dapat menjejakkan kaki di atas rumput.
“Ia sentiasa mengambil sedikit masa -– ini adalah perlawanan pertama saya dan setiap hari adalah ujian dan hari ini merupakan salah satu ujian penting itu.
“Pada awal kejohanan, khususnya dalam keadaan saya tiba di sini, kemenangan adalah perkara paling penting kerana ia akan memberi saya peluang untuk berlatih semula esok dan mempunyai satu lagi perlawanan dalam tempoh dua hari, jadi saya gembira untuk itu. Tidak syak lagi."
#Rafael Nadal #Tenis #Kejohanan Wimbledon