Kejohanan Wimbledon: Federer ke suku akhir tewaskan Sonego

Muzaffar Musa
Julai 6, 2021 04:55 MYT
Roger Federer melangkah ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ke-18 selepas memperoleh kemenangan straight set ke atas Lorenzo Sonego awal pagi tadi.
Legenda Switzerland itu mengawal baik permainannya untuk mengatasi saingan sengit Sonego dan menang 7-5, 6-4, 6-2 di gelanggang tengah di All England Club.
Dia kini akan mencongak perhitungan sama ada dengan Hubert Hurkacz atau Danill Medvedev bagi penentuan ke separuh akhir.
Sonego mempamerkan aksi kental dalam set pertama dan Federer, yang seketika jauh berada di depan, melepaskan kelebihannya sebelum memenangi set itu dengan faul berganda yang dilakukan Sonego selepas perlawanan ditunda seketika berikutan hujan lebat.
Mata break yang diperoleh Federer dalam game kelima set kedua membantu juara lapan kali di Wimbledon itu melebarkan kelebihannya untuk mendahului lawan dengan dua set.
Dan dia kemudian hanya memerlukan 30 minit untuk memenangi set ketiga menerusi satu lagi aksi terbaiknya, yang sekian lama tidak dapat dilihat sepanjang beberapa tahun lalu.

Straight sets, straight into his 18th #Wimbledon quarter-final... @rogerfederer beats Lorenzo Sonego 7-5, 6-4, 6-2 to reach the last eight on Centre Court pic.twitter.com/G8VDVyR0XX

— Wimbledon (@Wimbledon) July 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Roger Federer #ATP #Tenis #Grand Slam #Lorenzo Sonego #Kejohanan Tenis Wimbledon