Kejohanan Wanita AFF: Malaysia tewas kepada Thailand

Muzaffar Musa
Julai 10, 2022 14:17 MYT
MALAYSIA 0 THAILAND 4
Skuad bolasepak wanita negara berdepan kekalahan kedua dalam Kejohanan Wanita AFF selepas tewas 0-4 kepada Thailand di Stadium Bolasepak Binan, Filipina sebentar tadi.
Biarpun terdapat jurang ketara daripada segi kualiti, pasukan kebangsaan, bagaimanapun, berhasil mengimbangi permainan lawan dan hanya dibolosi satu gol -- yang dijaringkan Ploychompoo Somnonk pada minit ke-25 -- sepanjang babak pertama.
Aksi sebenar mula dipamerkan Thailand dalam babak kedua dan selepas 10 minit perlawanan bersambung, Pattaranan Aupachai menjadikan kedudukan 2-0 sebelum U-raiporn Yongkul menambah gol ketiga skuad Gajah Perang itu pada minit ke-74.
Nutwadee Pramnak kemudian melengkapkan kemenangan besar Thailand pada minit ke-86, sekali gus melonjak ke tangga kedua di belakang Filipina.
Kelakalahan kedua daripada empat perlawanan itu pula menyaksikan skuad negara kekal di tangga keempat dengan dua mata menjelang aksi terakhir Kumpulan A menentang Australia pada Selasa ini.

Carta Kedudukan Kumpulan A, Kejuaraan Wanita AFF 2022 * Selepas Hari Perlawanan 4 pada Ahad, 10 Julai 2022#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #AFFWomen2022 pic.twitter.com/kACdQUuOEM

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak wanita #Kejohanan Wanita AFF