Jaringan Salah tamatkan permulaan tanpa kalah Napoli

Ammar Hakim
November 1, 2022 23:02 MYT
Gol lewat Mohamed Salah membuka jaringan Liverpool sebelum Darwin Nunez memastikan kemenangan 2-0 ke atas Napoli untuk memberikan Jurgen Klopp kemenangan dalam perlawanan ke-400 sebagai pengurus, menamatkan permulaan tanpa kalah pasukan pelawat musim ini.
Kedua-dua pasukan sudah pun memperoleh tempat di peringkat kalah mati, dengan hanya kemenangan empat gol membantu Liverpool merampas Napoli di tempat teratas.
The Reds berjaya menjaringkan dua gol lewat ihsan Salah dan Nunez, dengan Salah merembat satu gol di atas garisan pada minit ke-85 selepas Alex Meret hampir menghalang tandukan pemain gantian Nunez.
Nunez menambah jaringan memastikan kekalahan Napoli, yang sebelum ini mendahului menerusi Leo Skiri Ostigard namun dibatalkan VAR kerana ofsaid, menyaksikan rekod tanpa kalah mereka berakhir selepas 17 perlawanan.

A record-equalling goal from @MoSalah, who moves level with Steven Gerrard on 41 European goals for the Reds! ??? pic.twitter.com/trK6dXA0we

— Liverpool FC (@LFC) November 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Napoli #Mohamed Salah #Jurgen Klopp #UCL #Darwin Nunez