Haaland disahkan cergas bertemu Wolfsburg

Ammar Hakim
November 27, 2021 04:46 MYT
Erling Haaland telah disahkan cergas untuk kembali beraksi bersama Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga bertemu Wolfsburg malam ini.
Penyerang prolifik itu diketepikan sejak Dortmund diaibkan Ajax 4-0 dalam aksi Liga Juara-Juara bulan lalu ekoran kecederaan pinggul.
Dortmund semalam Jumaat mengesahkan Haaland berada dalam skuad untuk lawatan ke Wolfsburg, tetapi akan berada di bangku simpanan dan kelab itu mendedahkan dia akan bersedia diturunkan.
Pemain tengah England, Jude Bellingham terlepas peluang beraksi selepas mengalami kecederaan di lutut.
Pengendali Dortmund, Marco Rose berkata, "Mo Dahoud berasa baik dan bersedia, perkara yang sama berlaku untuk Emre Can. Youssoufa Moukoko melakukan yang lebih baik, dan dia telah menjalani latihan.
"Marius Wolf dan Erling Haaland bersama pasukan. Jude Bellingham tidak beraksi sementara Rapha Guerreiro memerlukan masa lagi sebelum diberikan lampu hijau untuk bermain."
Haaland telah menjaringkan 13 gol dalam 10 penampilan dalam semua pertandingan buat Dortmund musim ini.
Dortmund kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich dan Rose menjangkakan kebangkitan ditampilkan pasukan selepas mereka tewas 3-1 kepada Sporting Lisbon yang menyaksikan penglibatan mereka dalam UCL berakhir musim ini.

? Marco Rose: “Mo Dahoud feels good and is ready, the same applies to Emre Can. Youssoufa Moukoko is doing better, and he trained. Marius Wolf is here and Erling Haaland will be on the bus. Jude Bellingham is out, and with Rapha Guerreiro we have to wait a bit more." pic.twitter.com/vb2oZWCBCy

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) November 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Borussia Dortmund #Wolfsburg #Bundesliga #Erling Haaland