Haaland akan sesuaikan diri dengan EPL bersama Manchester City, kata De Bruyne

Muzaffar Musa
Ogos 14, 2022 01:14 MYT
MANCHESTER CITY 4 BOURNEMOUTH 0
Kevin De Bruyne berasakan Erling Haaland akan terus menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil memuji usaha yang dipamerkan penyerang itu ketika menewaskan Bournemouth 4-0 malam tadi.
Pemain kebangsaan Norway itu membantu jaringan pembukaan Ilkay Gondugan di Stadium Etihad tetapi selebihhya, dia kelihatan bergelut sepanjang baki perlawanan itu.
De Bruyne dan Phil Foden kemudian melebarkan kelebihan City -- sebelum gol sendiri Jefferson Lerma -- tetapi Haaland kelihatan menjadi beban buat pasukannya, di mana dia hanya dapat melakukan lapan sentuhan sepanjang perlawanan itu.
De Bruyne, bagaimanapun, berasakan penyerang kelahiran Leeds itu sedang menyesuaikan diri dengan satu liga berbeza sambil membandingkan EPL dengan Bundesliga, yang merupakan liga terakhir Haaland sebelum tiba di City.
"Dia bermain dengan amat baik. Amat jelas ia amat sukar. Saya tidak fikir di Jerman mereka melalui banyak perlawanan di mana pasukan lawan lebih bertahan di bawah, jadi ia merupakan sesuatu yang dia perlu menyesuaikan diri.
"Bersama Gondugan, dia menemuinya dengan sempurna dan melakukan umpanan untuk menghasilkan gol. Jika dia bermain seperti itu, dia akan baik-baik sahaja," katanya.

8 & 2 - Erling Haaland had just eight touches in Manchester City's 4-0 victory against Bournemouth today, making just two passes in the 74 minutes he was on the pitch, one of which was from kick off. Acclimatising. pic.twitter.com/9FJdTM8Hr8

— OptaJoe (@OptaJoe) August 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Haaland menjaringkan dua gol dalam penampilan EPL pertamanya menentang West Ham minggu lalu selepas gagal menemui jaringan ketika City tewas kepada Liverpool dalam penentuan Perisai Komuniti -- penampilan pertamanya bersama kelab itu.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu seterusnya akan bertandang ke laman Newcastle United pada hujung minggu depan bagi memburu kemenangan ketiga dan meneruskan misi mempertahankan gelaran mereka.
#bola sepak #Manchester City #Pep Guardiola #AFC Bournemouth #Kevin De Bruyne #Liga Perdana Inggeris #Erling Haaland