Gol sulung Denis Zakaria lengkapi kemenangan Chelsea

Ammar Hakim
November 2, 2022 23:42 MYT
Denis Zakaria menjaringkan gol kemenangan dalam penampilan sulung bersama Chelsea ketika The Blues merekodkan kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 ke atas Dinamo Zagreb di Stamford Bridge.
Zakaria bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama sejak berhijrah secara pinjaman dari Juventus namun jaringan pada minit ke-30 terbukti menjadi pemisah selepas Raheem Sterling perlu menafikan jaringan pembukaan Bruno Petkovic.
The Blues telahpun melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai pemenang Kumpulan E sebelum perlawanan awal pagi tadi, di mana Ben Chilwell menghadirkan kebimbangan buat Chelsea serta England selepas mengalami kecederaan hamstring.
Dinamo tidak berjaya mencari peluang untuk bangkit selepas tersingkir sebagai pasukan tercorot, manakala Chelsea bangkit dengan penuh bergaya dengan kemenangan 4-1 ke atas Brighton and Hove Albion Sabtu lalu.

?#UCL pic.twitter.com/4eIpmzR1ou

— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Raheem Sterling #Dinamo Zagreb #UCL #Liga Juara-Juara #Denis Zakaria