Gol penalti Kane pastikan England mulakan tahun Piala Dunia dengan kemenangan

Muzaffar Musa
Mac 27, 2022 00:28 MYT
ENGLAND 2 SWITZERLAND 1
England memulakan tahun Piala Dunia kali ini dengan kemenangan 2-1 keatas Switzerland hasil jaringan penalti Harry Kane dalam aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi tadi.
The Three Lions hanya memaparkan aksi sederhana sepanjang perlawanan itu tetapi pengurusnya, Gareth Southgate, kelihatan akan berpuas hati dengan keputusan berkenaan memandangkan dia menurunkan kesebelasan yang agak asing.
Bagaimanapun, Switzerland merupakan pasukan yang lebih baik dalam babak pertama dan Breel Embolo berhasil menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-22 -- hasil salah satu daripada sembilan percubaan yang dilakukan mereka sepanjang 45 minit pertama berbanding dua yang dilakukan England.
Luke Shaw kemudian menjaringkan gol penyamaan buat England dalam waktu kecederaan babak pertama untuk tuan rumah mengikat kedudukan sebelum ke bilik persalinan.
England mempamerkan penguasaan lebih baik dalam babak kedua dan berhasil memenangi perlawanan pertama tahun ini apabila Kane menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78 -- gol antarabangsanya yang ke-49, sekali gus hanya ketinggalan di belakang Wayne Rooney (53 gol) dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman England.

49 - Harry Kane has now scored 49 goals for England (level with Bobby Charlton), only Wayne Rooney (53) has scored more goals for the Three Lions. Leader. pic.twitter.com/kFrk5gGFYH

— OptaJoe (@OptaJoe) March 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #England #Harry Kane #Switzerland #Persahabatan Antarabangsa