Final NBA: Golden State Warriors rangkul trofi keempat dalam lapan tahun

Shaiful Shamsudin
Jun 17, 2022 06:12 MYT
WARRIORS 103 CELTICS 90
(Warriors muncul juara dengan agregat 4-2)
Golden State Warriors mengesahkan Kejuaraan NBA keempat mereka dalam tempoh lapan tahun menerusi kemenangan 103-90 di tempat lawan ke atas Boston Celtics dalam Game 6.
Dengan kemenangan itu, Warriors mencatat agregat kemenangan 4-2 selepas bangkit daripada defisit 1-2 termasuk dua kemenangan di Boston.
Namun, sebelum ditabalkan juara dalam perlawanan sebenar tadi, Celtics bingkas mendahului permainan 14-2.
Namun, Warriors tidak mengalah apabila memberikan aksi garang pada lewat suku pertama dengan memungut 21 mata berturut-turut untuk mengubah kedudukan daripada 16-22 kepada pendahuluan 37-22.

STEPHEN CURRY ? pic.twitter.com/o4dc8nZbwA

— Golden State Warriors (@warriors) June 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Benteng Golden State terus kukuh untuk membayangi pencapaian Celtics yang diangkat sebagai Pertahanan Terbaik Persidangan apabila sekadar membenarkan tuan rumah menambah 17 mata lagi dalam suku kedua untuk mendahului 54-39.
Celtics enggan berpeluk tubuh apabila melancarkan serangan lewat dalam suku ketiga untuk menjadikan jurang 10 mata yang menyaksikan Al Horford menyumbangkan 12 mata, enam lantunan dan satu blok dalam proses itu.
Begitupun, bintang Warriors kembali menyusun perlawanan apabila Stephen Curry meraih 13 mata (34 mata keseluruhan) selepas menyempurnakan 12 balingan, enam lontaran tiga mata, tujuh lantunan dan tujuh bantuan jaringan.
Prestasinya itu memastikannya mencatat purata 31.2 mata sepanjang NBA berkenaan sekali gus diumum sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Perlawanan Akhir buat julung kalinya sepanjang dalam karier Hall-of-Fame.
#Golden State Warriors #NBA #Bola Keranjang