Euro Wanita 2022: Sepanyol hilang khidmat Putellas gara-gara ACL

Muzaffar Musa
Julai 6, 2022 05:20 MYT
Sepanyol kehilangan khidmat pemenang Anugerah Ballon d'Or, Alexia Putellas, dalam saingan Euro Wanita 2022 selepas pemain itu mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Kapten Barcelona itu menamatkan saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selaku penjaring terbanyak dengan 11 gol selain menamatkan kempen domestik dengan 18 jaringan.
Putellas, yang menjaringkan 27 gol daripada 100 penampilan peringkat antarabangsa, dijangka akan memberikan kreativiti buat jentera serangan La Roja tetapi dia kini perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan itu menjelang perlawanan pertama Sepanyol menentang Finland awal pagi Sabtu ini.
Kecederaan lutut kiri yang dialami Putella itu merupakan satu tamparan besar buat Sepanyol memandangkan pemain berusia 28 tahun berkenaan merupakan bintang terbesar bola sepak wanita ketika ini.
Selain itu, La Roja juga telah kehilangan khidmat penjaring terbanyak, Jennifer Hermoso, juga kerana kecederaan.

? OFICIAL I Alexia Putellas sufre una rotura del ligamento cruzado anterior de su rodilla izquierda. ? https://t.co/lwuEvQm6wC pic.twitter.com/JeYmSRIhmP

— Selección Española Femenina de Fútbol (@SEFutbolFem) July 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak wanita #Sepanyol #Euro Wanita 2022 #Alexia Putellas