Elanga meterai kontrak baru dalam tempoh setahun

Shaiful Shamsudin
Disember 25, 2021 03:41 MYT
Bintang muda Manchester United, Anthony Elanga, menandatangani lanjutan kontrak untuk mengekalkannya di kelab itu hingga Jun 2026.
Elanga baru sahaja menandatangani perjanjian lanjutan Mac lalu namun tiada butiran khusus disahkan untuk perjanjian terbaru itu.
Tetapi ia tidak menghalang The Red Devils untuk menganugerahkannya ganjaran baru buat Elanga selain pilihan untuk menyambung kontraknya selama setahun lagi hingga 2027.
Selepas pengumuman lanjutannya itu semalam, Elanga berkata: "Cita-cita utama saya ialah untuk mewakili Manchester United. Tahapnya sangat tinggi tetapi kontrak ini adalah satu lagi detik penting dalam perjalanan saya.

2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣ ✍️ Anthony Elanga has signed a new contract at United! ?#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) December 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini adalah satu persekitaran yang sempurna untuk mengambil langkah seterusnya. Dengan kehadiran pemain dan jurulatih bertaraf dunia maka saya dapat belajar setiap hari.
“Saya sangat gembira kerana kelab ini telah menunjukkan kepercayaan terhadap perkembangan saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta semua kakitangan atas sokongan berterusan mereka.
"Saya sedar hanya dengan kerja keras dan dedikasi akan lahirnya peluang di kelab istimewa ini, jadi saya tidak sabar-sabar lagi mahu meneruskan kemajuan saya di sini."
Pemain berusia 19 tahun itu merupakan pemain antarabangsa Sweden B-21 dan mula membuat penampilan sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Mei lalu ketika tumpas 1-2 kepada Leicester City sebelum menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Wolves, hujung bulan itu.
#Manchester United #EPL #Liga Perdana Inggeris