Dortmund masih peram Haaland

Shaiful Shamsudin
Februari 20, 2022 03:42 MYT
Erling Haaland tidak akan kembali menyarung jersi Borussia Dortmund hujung minggu ini dan Marco Rose menyeru taruhannya yang lain agar mula membalas kepercayaannya.
Dortmund beraksi tanpa Haaland dalam tiga perlawanan terakhir selepas penyerang itu mengalami kecederaan otot dalam kemenangan 3-2 ke atas Hoffenheim, 22 Januari lalu.
Sepanjang ketiadaannya, BVB mengalami kekalahan teruk 2-5 dan 2-4 kepada Bayer Leverkusen dan Rangers selain menang 3-0 di Union Berlin.
Rose mendedahkan Haaland belum bersedia untuk dipertaruhkan bagi menentang bekas kelab pengurus tersebut iaitu Borussia Monchengladbach dalam pertemuan Bundesliga malam ini.
Dia sedia memberi peluang kepada penyerang lain dalam barisannya di sebalik penggempur muda Norway itu telah menyumbangkan 16 daripada 57 gol musim ini.
"Erling belum bersedia untuk perlawanan ini. Dia telah mengambil bahagian dalam beberapa latihan, tetapi dia belum boleh beroperasi sepenuhnya," kata Rose dalam sidang akhbar malam tadi.

?️ Marco Rose: "I know the team, of course, they have a lot of power, a lot of force, defend diligently. I think Gladbach will come here with confidence. But we have a home game, we want to win that at all costs, and we'll give everything for that."

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) February 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pemain lain perlu mengambil peranannya sepanjang ketiadaannya. Kami tidak cuba untuk menampung ketiadaannya.
"Kami akan menurunkan Donyell Malen. Dia berasakan bahawa dia telah mengambil satu atau dua langkah ke belakang dalam dua perlawanan terakhir. Saya pernah memujinya secara terbuka atas perkembangannya di sini.
"Jika Erling tiada, orang lain perlu menggalas tugasnya. Saya juga perlu mengatakan bahawa kami tidak dibolosi selepas sekian lama dalam kemenangan 3-0 di Berlin beberapa hari lalu."
#Borussia Dortmund #Bundesliga