Dembele mahu kekal di Barca, anggap sepakulasi ke Chelsea khabar angin

Muzaffar Musa
Jun 19, 2022 08:24 MYT
Ousmane Dembele mahu kekal bersama Barcelona dan menganggap spekulasi yang mengaitkannya dengan Chelsea sebagai khabar angin.
Barcelona membayar €105 juta (RM485.14 juta) untuk mendapatkan Dembele daripada Borussia Dortmund pada 2017 tetapi kontrak selama lima tahun itu akan tamat pada penghujung bulan ini.
Bayern Munich dan Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia itu, yang sebelum ini diarahkan secara terbuka untuk meninggalkan Barca selepas gagal mencapai kesepakatan baru mengenai kontraknya dalam jendela perpindahan Januari lalu.
Bagaimanapun, selepas tiada sebarang kesepakatan dengan pasukan lain sehingga penghujung Januari lalu, Dembele kembali diserap ke dalam skuad bimbingan Xavi berkenaan dan mula menemui sentuhan terbaiknya.

1 - Ousmane Dembélé ?? has more assists (13) and expected assists (9.2) than any other player in LaLiga 2021/22, recording his best tally in both in a single campaign in Europe's big five leagues. Coveted. pic.twitter.com/Oi3GU9jFOp

— OptaJose (@OptaJose) June 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Presiden Barcelona, Joan Laporta, telah mengulangi keinginannya untuk Dembele kekal di kelab itu dan kemahuan itu kini kelihatan akan direalisasikan.
Ketika ditanya mengenai berita yang mengaitkannya dengan Chelsea. Dembele menyifatkannya sebagai "hanya khabar angin" sambil menambah bahawa dia "berasa baik untuk berada di Barcelona".
#bola sepak #Chelsea #Barcelona #Ousmane Dembele #LaLiga #Liga Perdana Inggeris