Bundesliga: Leipzig bangkit ikat Bayern Munich

Muzaffar Musa
Januari 21, 2023 00:45 MYT
RB LEIPZIG 1 BAYERN MUNICH 1
Bayern Munich keciciran dua mata selepas terikat 1-1 dengan RB Leipzig dalam perlawanan Bundesliga di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Jaringan Marcel Halstenberg pada minit ke-52 menyaksikan pasukan di tangga ketiga, Leipzig, meraih satu mata berharga menentang pasukan pendahulu liga berkenaan.
Julian Nagelsmann terlebih dahulu menyaksikan pasukannya memperoleh gol pendahuluan pada lapan minit terakhir babak pertama menerusi penyudah Eric Maxim Choupo-Moting.
Bayern bernasib baik apabila bekas pertahanan Leipzig, Dayot Upamecano, tidak dilayangkan kad merah kerana terjahan gegabahnya ke atas Dominic Szoboszlai tetapi perlu akur rekod 10 kemenangan berturut-turut mereka dalam kesemua perlawanan ditamatkan dalam aksi kali ini.

12 - Eric-Maxim Choupo-Moting has scored his 12th goal in all comps this season - a new personal record for him in his career. Peak. #RBLFCB pic.twitter.com/zLqtKiFOtg

— OptaFranz (@OptaFranz) January 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #RB Leipzig #Bundesliga #Bayern Munich