Brighton nafi Marc Cucurella sudah dijual ke Chelsea

Shaiful Shamsudin
Ogos 3, 2022 22:46 MYT
Brighton & Hove Albion mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan mereka telah mencapai persetujuan untuk menjual pertahanan, Marc Cucurella, berikutan laporan mengenai dia telah diikat Chelsea.
The Blues sedang berusaha untuk menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol itu dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai melebihi £50 juta (RM270.6j) selepas mendahului juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, dalam memburu khidmatnya.
Beberapa media melaporkan Brighton telah bersetuju untuk melepaskan Cucurella ke London yang akan menyaksikan perbelanjaan The Blues di jendela diteruskan selepas berhasil memastikan sentuhan Kalidou Koulibaly, Raheem Sterling dan Gabriel Slonina -– kekal dengan Chicago Fire secara pinjaman.
Bagaimanapun, Brighton melalui media sosial bertindak pantas untuk menjelaskan bahawa ia tidak berlaku bagi menyangkal sebarang laporan.

CLUB STATEMENT: MARC CUCURELLA. Contrary to inaccurate reports from numerous media outlets this evening, no agreement has been reached with any club to sell Marc Cucurella.

— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) August 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Bertentangan dengan laporan tidak tepat daripada banyak media petang ini, tiada persetujuan dicapai dengan mana-mana kelab untuk menjual Marc Cucurella,” kata kenyataan itu.
Cucurella terlepas perlawanan terakhir pra-musim Brighton sebelum kempen EPL menentang Manchester United, Ahad ini, berikutan kecederaan betis tetapi Graham Potter tidak bimbang mengenai prospek pemergiannya ketika bercakap selepas perlawanan.
"Tidak terlalu banyak untuk diperkatakan, ia hanya sebahagian daripada bola sepak zaman moden.
"Kami yakin dan santai di kedudukan kami.
"Kami hanya menantikan musim baru bermula dan mempersiapkan pasukan," katanya selepas kemenangan ke atas Espanyol dalam perlawanan persahabatan.
#Chelsea #EPL #Brighton & Hove Albion #Marc Cucurella