Beza Chelsea-Brighton adalah tuah, kata Potter

Shaiful Shamsudin
Oktober 29, 2022 01:46 MYT
Graham Potter percaya Chelsea memiliki lebih tuah berbanding Brighton & Hove Albion.
Potter, yang khuatir mungkin berdepan sambutan dingin ketika mengemudi Chelsea ke Stadium Amex, malam ini, sambil membandingkan bahawa elemen perbezaan utama di antara pasukan adalah faktor tuah.
Dia meninggalkan The Seagulls pada awal bulan lalu demi jawatan pengurus di Stamford Bridge bagi menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat.
Sejak itu, Potter telah membantu mereka melonjakkan prestasi The Blues dengan pencapaian sembilan perlawanan pertama tanpa kalah, manakala penggantinya di Stadium Amex, Roberto De Zerbi, masih belum mengecapi sebarang kemenangan.
Bagaimanapun, pengurus berbangsa Inggeris itu berasakan Brighton -– yang belum pernah menewaskan Chelsea dalam 10 pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) -– hanya kurang bernasib baik sejak penghijrahannya.
"Kami semua mahu menang," katanya dalam sidang media.
"Perbezaannya adalah nasib. Kami memenangi perlawanan kami dan mungkin tuah sedikit mengiringi kami sementara Brighton tidak begitu bernasib baik.

? pic.twitter.com/UggrfuQ6Gx

— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kedua-dua kelab berada di bawah tekanan kerana ia adalah perlawanan EPL dan kami berdua mahu menang. Mereka sebuah pasukan yang bagus. Kalau bukan kerana faktor nasib, mereka pasti akan mengumpul mata yang lebih banyak."
Dalam masa sama, Potter menegaskan dia tidak bimbang dengan penyudah tumpul Raheem Sterling berikutan kegagalan penyerang England itu menemui sentuhan penyudah gol sejak Ogos lalu.
"Saya akan mengatakan tidak (bimbang)," katanya.
“Kualiti Raheem telah membuktikannya.
"Lebih baik sekiranya saya memikirkan tentang pasukan dan bagaimana kami boleh menyerang dengan lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang."
#Chelsea #EPL #Liga Perdana Inggeris