Arsenal mungkin tanpa khidmat Tomiyasu hingga hujung musim -- Arteta

Ammar Hakim
Mac 20, 2023 02:06 MYT
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, tidak pasti sama ada Takehiro Tomiyasu akan kembali daripada pulih kecederaan musim ini.
Tomiyasu dan Saliba kedua-duanya terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa Arsenal menentang Sporting CP -- di mana anak buah Arteta akhirnya tewas menerusi sepakan penalti -- dengan kecederaan Jumaat lalu.
Kedua-dua pemain itu kemudiannya tidak beraksi ketika Arsenal mendahului lapan mata di kemuncak Liga Perdana Inggeris semalam, membelasah Crystal Palace 4-1 ketika pencabar kejuaraan Manchester City menghadapi tugas Piala FA.
Ditanya selepas kemenangan itu mengenai Tomiyasu, Arteta berkata, "Kami tidak tahu, jelas doktor sedang menilai dia.
“Dua penilaian yang dilakukan terlebih dahulu, namun ia kelihatan tidak begitu baik.
"Melihat Tomi, dia bukan seorang yang membesar-besarkan perkara sebegini."

Arsenal 4-1 Crystal Palace Arsenal fans, you've got almost two weeks to stare at that eight-point gap at the top pic.twitter.com/WdRV75WFCS

— Opta Analyst (@OptaAnalyst) March 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #EPL #Mikel Arteta