Ancelotti beri bayangan Rudiger jadi pengganti Marcelo di Real Madrid

Muzaffar Musa
Julai 25, 2022 03:28 MYT
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan perancangannya dalam menandatangani Antonio Rudiger dan memberikan gambaran bahawa pemain itu akan beraksi di posisi berbeza.
Pemain kebangsaan Jerman itu menyertai pasukan juara Eropah berkenaan melalui perpindahan percuma selepas kontraknya bersama Chelsea tamat, di mana dia merupakan tonggak pertahanan tengah The Blues sebelum ini.
Peluang berbeza mungkin akan diberikan Ancelotti kepadanya selepas pengendali itu mengakui tidak mahu memecahkan gandingan Eder Militao dan David Alaba sebagai benteng tengah Los Blancos.
Rudiger beraksi sebagai pertahanan kiri ketika memulakan aksi pramusim, di mana Madrid tewas 0-1 kepada Barcelona semalam dan Ancelotti memberikan bayangan bahawa pemain itu mungkin akan lebih banyak beraksi di posisi itu selepas ini.

? Debut match! ? ☝️ @ToniRuediger ☝️ @atchouameni#RMInTheUSA pic.twitter.com/u84SuecMhi

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) July 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya amat menggemarinya. Saya tidak gila dan dia amat bijak," kata pengurus berbangsa Itali itu selepas kekalahan berkenaan.
"Dia boleh bermain di posisi itu, sama seperti dia boleh bertukar posisi dengan Alaba. Mereka tidak melakukannya hari ini kerana ia berjalan dengan amat baik.
"(Alaba) menjadi pertahanan kiri hanya apabila diperlukan. Saya tidak mahu mengubah gandingan itu sejak tahun lalu," katanya.
Real memiliki kekurangan di bahagian pertahanan kiri semenjak pemergian legenda kelab itu, Marcelo, musim lalu.
Bagaimanapun, mereka kelihatan tidak akan menambah pemain baru menjelang tarikh tutup jendela perpindahan kali ini, dengan Ancelotti secara terbuka memaklumkan bahawa tiada lagi pemain dalam radar pasukannya ketika ini.
Los Blancos akan melengkapkan aksi pramusim dengan bertemu Club America dan Juventus sebelum bertemu juara Liga Europa, Eintracht Frankfurt, dalam penentuan Piala Super UEFA.
#bola sepak #Real Madrid #Carlo Ancelotti #LaLiga #Antonio Rudiger