Allegri digesa berundur, Juventus rombak bahagian perubatan

Shaiful Shamsudin
September 19, 2022 02:48 MYT
MONZA 1 JUVENTUS 0
Juventus merancang untuk merombak kakitangan perubatannya selepas 17 pemain tercedera sejak sebulan lalu.
Ini bermakna pasti akan ada seorang pemain yang memerlukan rawatan berselang empat hari.
Penyokong melaungkan pemecatan Massimiliano Allegri -- menyaksikan perlawanan di tempat penyokong -- berikutan kekalahan 0-1 Bianconneri di Monza awal pagi tadi, sekali gus memburukkan lagi keadaan mereka selepas kekalahan kepada Benfica dalam Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu.
"Kecederaan adalah sebahagian daripada permainan tetapi kita boleh melihatnya sebagai luar biasa apabila ia berlaku terlalu banyak.

40’ | ? | Di Maria receives his marching orders.#MonzaJuve [0-0] #ForzaJuve

— JuventusFC (@juventusfcen) September 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Juve tidak memiliki kemewahan untuk menggunakan beberapa pemain utama pada musim ini dan ia dibuktikan dalam persembahan kami.
"Kami mungkin perlu membuat perubahan ke atas kakitangan perubatan kami untuk memperbaiki keadaan," tulis Juvefc.com.
Dalam masa sama, penyokong di Turin menggesa Allegri agar mengundurkan diri berbanding dipecat bagi memberi laluan kepada bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, untuk mengambil alih.
Allegri yang memenangi lima kejuaraan Serie A di antara 2014-2019 bersama kelab itu turut membantu mereka memenangi empat gelaran Coppa Italia selain muncul finalis UCL sebanyak dua kali.
Namun, sebaik kembali ke Turin musim lalu, dia masih tercari-cari formula terbaik untuk kembali meletakkan mereka sebagai sebuah pasukan yang digeruni.
Tetapi selepas bergelut untuk meraih tiket UCL musim lalu, mereka hanya merakamkan dua kemenangan dalam 13 perlawanan di bawah kendaliannya.
#Juventus #Massimiliano Allegri #Serie A