Adeyemi tertarik dengan falsafah Dortmund

Shaiful Shamsudin
Mei 11, 2022 05:42 MYT
Karim Adeyemi bertekad mencipta impak lebih besar apabila diumumkan sebagai bintang muda baru Borussia Dortmund.
Kelab Jerman itu pantas memuktamadkan perjanjian dengan Salzburg sebaik pengesahan perpindahan Erling Haaland ke Manchester City.
Adeyemi merupakan pemain antarabangsa Jerman selepas mula mencipta nama dalam kancah utama Austria itu sepanjang dua musim lalu.
Selepas tiga tahun di sana, dia telah menjaringkan 27 gol dalam 66 penampilan selain lima gol dalam 13 perlawanan Liga Juara-Juara (UCL).
Penyerang muda itu, yang turut diburu Manchester United, sedang mendahului carta penjaring Austria musim ini dengan 19 gol dalam 27 perlawanan.
Adeyemi telah tiga kali tampil bersama Jerman sejak diturunkan buat kali pertama dalam kelayakan Piala Dunia menentang Armenia, September lalu, apabila turut merobek gawang lawan sebagai pemain gantian lewat.

He’s Karim Adeyemi - He’s Fast - He's Home ✍️ pic.twitter.com/4yHWi63CaO

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) May 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan selepas membantu Salzburg meraih enam trofi, dia kini mengintai lebih banyak kejayaan bersama barisan kepimpinan Marco Rose itu.
“Sebagai pemain muda, saya terpesona dengan bola sepak pantas Black and Yellows,” katanya.
“Sebab itu sebaik sahaja saya mendengar minat Dortmund terhadap saya, saya tahu saya mahu menandatangani dengan BVB.
“Saya menandatangani perjanjian jangka panjang kerana saya yakin kami dapat membentuk sebuah pasukan yang menarik.
"Dengan sokongan peminat hebat di Dortmund, kami mampu bersaing dan memenangi kejuaraan pada masa akan datang."
#Borussia Dortmund #Salzburg #Erling Haaland #Karim Adeyemi