Selepas hampir setahun tidak berlumba ekoran berikutan pandemik COVID-19, Zaqhwan Zaidi mengesahkan dia bakal bersaing dalam tiga kejohanan musim ini.

Juara Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2014 dan 2016 itu menyertai Honda Asia Dream Racing with Sowa sambil berharap segala perancangan mereka akan berjalan lancar.

"Kami harap MKN (Majlis Keselamatan Negara), KBS (Kementerian Belia dan Sukan), KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) akan meluluskan perlumbaan kami pada Jun depan.

"Dua hari lalu dalam Hari Litar Terbuka MSBK, saya dapat menguji jentera di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Ia sebahagian daripada persediaan kami. Walaupun tidak banyak penyertaan dan masih menggunakan motosikal lama, ia pentas untuk kami bersedia daripada aspek fizikal.

"Saya akan berlumba dalam ARRC, 8 hours All Japan yang merupakan fokus utama dan andai kata keputusan saya sangat bagus, mereka mungkin bawa saya pergi lebih jauh lagi.

"Misalnya bertanding dalam WSBK (peringkat dunia) atau dalam kancah motosikal berkuasa tinggi di Britain," katanya.


Posted by Zaqhwan Zaidi on Wednesday, April 21, 2021