Atlet berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, mahu menampilkan kayuhan terbaik dan berharap agar lagu Negaraku berkumandang di Arena Tokyo.

Yusof menjadi sandaran pingat dalam Sukan Paralimpik berdasarkan pencapaiannya memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Para Dunia di Kanada tahun lepas.

Skuad basikal para negara akan berlepas ke Tokyo esok dan bakal berentap di pentas Paralimpik bermula 25 Ogos nanti.

"Kami akan menguji trek Velodrom Izu dan meneruskan latihan di sana. Setiap perancangan jurulatih akan diikuti bagi memastikan berada dalam kelompok terbaik. Saya akan berusaha untuk memastikan lagu Negaraku berkumandang di Tokyo nanti," katanya.