Perlawanan impian di antara dua juara terulung WWE di antara Drew McIntyre dan Roman Reigns berlangsung dengan amat sengit di acara WWE Survivor Series pagi tadi.

Dengan tema Best Of The Best bagi edisi ke 33 tahun ini, Drew selaku Juara WWE mewakili jenama Raw beradu kekuatan dengan Roman selaku Juara Universal WWE yang mewakili jenama Smackdown. Seperti dijangka, pertembungan dua bintang perkasa ini begitu mengujakan sehingga sukar untuk kita menjangkakan siapakah di antara mereka yang bakal beroleh kemenangan.

Perlawanan bermula agak perlahan di mana kedua-dua bintang bertukar-tukar serangan dan menyaksikan Drew menguasai perlawanan di minit-minit pertama perlawanan. Namun Roman enggan melayan pelawaan ‘bermain-main’ daripada Drew dan mula bertindak agresif.

Pelbagai gerakan signature ditampilkan dalam perlawanan ini. Namun masing-masing enggan mengalah walaupun perlawanan telah memasuki minit ke 20. Hantukan Glasgow Kiss dan Future Shock DDT daripada Drew juga tumbukan layang Superman oleh Roman juga belum cukup ampuh untuk menumbangkan kedua mereka.

Roman nyaris beroleh kemenangan secara kiraan keluar apabila pada satu ketika berjaya melakukan rempuhan spear kepada Drew sehingga terjerumus ke meja pengulas. Namun sebagai seorang pahlawan Samoa yang enggan memperoleh kemenangan secara tidak jantan, Roman menghentikan kiraan keluar oleh pengadil dan menyambung perlawanan.

Satu peluang keemasan diperoleh McIntyre apabila berjaya menghadiahkan tendangan Claymore tepat ke muka Roman. Namun malangnya, tendangan padu itu membuatkan Roman terlanggar pengadil bertugas menyebabkan tindanan pin tidak dapat dilakukan.


Situasi tersebut dimanfaatkan oleh Roman dengan memberikan satu pukulan celah kelangkang kepada Drew dan alang menimpa apabila secara tiba-tiba, sepupu Roman Jey Uso muncul membantu dan memberikan satu tendangan padu kepada McIntyre. Satu lagi tumbukan layang Superman diberikan tepat ke muka Drew, disusuli kunci Guillotine yang memerangkap Drew sehingga Juara WWE itu pengsan dan tidak mampu menyahut seruan pengadil. Sekaligus memberikan kemenangan bergaya buat Roman Reigns yang kini menggelarkan dirinya sebagai The Tribal Chief.

Keputusan lain perlawanan di Survivor Series:
1. Perlawanan lima lawan lima bintang lelaki: AJ Styles, Braun Strowman, Keith Lee, Sheamus & Riddle mewakili jenama Raw kalahkan pasukan Smackdown yang dianggotai Seth Rollins, Kevin Owens, King Corbin, Jey Uso & Otis.
2. Juara Beregu Smackdown The Street Profits tumpaskan Juara Beregu Raw The New Day
3. Juara Amerika Syarikat Bobby Lashley tundukkan Juara Antara Benua Sami Zayn
4. Juara Wanita Raw Asuka tewas kepada Juara Wanita Smackdown Sasha Banks
5. Perlawanan lima lawan lima bintang wanita: Lana, Nia Jax, Shayna Baszler, Lacey Evans & Peyton Royce mewakili Raw kalahkan Bayley, Ruby Riott, Liv Morgan, Natalya & Bianca Belair daripada Smackdown (Lana menjadi sole survivor)

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.