Perlawanan membabitkan bintang wanita WWE sekali lagi menghiasi acara kemuncak Raw semalam apabila enam bintang utama beraksi bagi merebut slot dalam perlawanan bertangga Money In The Bank tiga minggu lagi.

Menggunakan format perlawanan berturut-turut (gauntlet), Bayley bermula garang apabila berjaya menyingkirkan Liv Morgan dan Sarah Logan melalui gerakan penyudah Bayley To Belly sebelum kedua anggota Riott Squad itu menyerangnya secara serentak kerana tidak berpuas hati akibat tersingkir awal.

Ruby Riott yang menjadi peserta ketiga diberi laluan mudah hasil serangan itu apabila berjaya menyingkirkan Bayley tidak lama kemudian. Ternyata ketua Riott Squad ini semakin meningkat keupayannya dari hari ke hari apabila turut berjaya menyingkirkan Dana Brooke dan Mickie James yang menjadi peserta kelima dan keenam.

Sasha Banks yang menjadi peserta terakhir tidak mensia-siakan peluang atas Ruby yang telah mula keletihan. Gerakan berbisa lutut ke muka yang kini dikenali sebagai Kneetoroa menjadi senjata ampuh buat The Boss untuk membenam Ruby.

Menyaksikan ketua mereka berada di ambang kekalahan, sekali lagi Morgan dan Logan muncul untuk membantu. Namun keduanya berjaya dikesampingkan oleh Sasha dan akhirnya, Ruby terperangkap dalam posisi Bank Statement dan terpaksa menyerah kalah.

Kemenangan ini sekaligus akan menempah tempat untuk The Boss beraksi menentang tujuh bintang wanita lain iaitu Ember Moon, Charlotte Flair, Naomi, Alexa Bliss, Natalya, Lana dan Becky Lynch bagi merebut kontrak Money In The Bank di acara tersebut pada 18 Jun 2018.

Keputusan lain acara Raw:
1. Finn Balor beroleh kemenangan DQ ke atas Braun Strowman hasil gangguan Kevin Owens.
2. Jinder Mahal tewaskan Seth Rollins juga melalui DQ.
3. Juara Wanita Raw Nia Jax kalahkan penggusti tempatan Michelle Webb
4. Juara Regu Raw Deleters of World (Matt Hardy & Bray Wyatt) tumpaskan The Ancension
5. Kevin Owens kalahkan Bobby Roode
6. Drew McIntyre benam Chad Gable

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEMoney In The Bank dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.