Roman Reigns menepati ramalan apabila berjaya memenangi perlawanan Elimination Chamber pagi tadi, seterusnya layak untuk berdepan dengan Brock Lesnar di acara Wrestlemania pada April depan.

Muncul sebagai peserta kelima yang keluar daripada kamar kaca di penjuru gelanggang, The Big Dog berjaya mengenepikan cabaran daripada enam penggusti lain iaitu Juara Antara Benua The Miz, Finn Balor, Seth Rollins, John Cena, Elias dan Braun Strowman.

Namun kredit sewajarnya diberi kepada Braun Strowman yang boleh dikatakan sebagai tonggak utama perlawanan kerana bertanggungjawab menyingkirkan lima individu secara bersendirian. Miz, Elias, Balor, Cena dan Rollins semuanya kecundang satu persatu hasil gerakan penyudah powerslam oleh Strowman.

Roman yang menjadi individu terakhir menggunakan kesempatan ini untuk menghentikan dominasi Strowman. Setelah bintang perkasa itu beberapa kali menerima pelbagai buah serangan daripada semua lawan yang bekerjasama untuk menumbangkannya, tidak banyak lagi kudrat yang berbaki pada gergasi ini.

Tiga tumbukan layang Superman disusuli dua rempuhan bahu dilancarkan Roman untuk memastikan Strowman benar-benar lelah. Kesudahannya, tindanan pin oleh Roman tidak dapat dinafikan dan kini dia akan mara ke Wrestlemania untuk merebut Kejuaraan Universal WWE daripada Brock Lesnar.

Keputusan lain:
1. Luke Gallows & Karl Anderson kalahkan The Miztourage di perlawanan pertama
2. Alexa Bliss pertahankan Kejuaraan Wanita Raw dalam perlawanan Elimination Chamber pertama wanita dengan mengenepikan cabaran daripada Bayley, Mandy Rose, Sonya Deville, Mickie James dan Sasha Banks
3. Sheamus & Cesaro kekal Juara Regu Raw dengan menewaskan Titus O Neil & Apollo
4. Nia Jax gagal pecahkan rekod tanpa kalah Asuka
5. “Woken” Matt Hardy tumpaskan Bray Wyatt

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEFastlane dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro dan Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.