Hasrat atlet wushu wanita negara, Loh Ying Ting, untuk meraih pingat emas dalam acara gunshu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 terpaksa dilupakan selepas wakil Vietnam, Hoang Thi Phuong, meraih pungutan mata sebanyak 9.64 untuk menduduki tempat pertama dalam saingan yang berlangsung di Dewan 5, Menara Berkembar Petronas, pagi tadi.

Meskipun sekadar membutirkan perak, usaha Ying Ting wajar dipuji kerana hanya tewas dengan jurang 0.01 mata selepas mengutip 9.63 manakala Felda Elvira Santoso (Indonesia) mencatat 9.62 mata.

"Saya perlu tingkatkan usaha lagi selepas ini.

"Ia penting demi menghasilkan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Ying Ting.