Woods mengalami keretakan terbuka (open fractures) di bahagian tibia dan fibula kanannya sewaktu kemalangan di California itu dan pemain berusia 45 tahun berkenaan menjelaskan bahawa ada risiko untuk dia kehilangan kakinya.
Juara kejohanan utama 15 kali itu menerima bahawa dia tidak mungkin dapat kembali ke sukan itu secara sepenuh masa, namun percaya dia masih boleh bermain secara sederhana selepas kakinya pulih sepenuhnya.
Making progress pic.twitter.com/sVQkxEHJmq
— Tiger Woods (@TigerWoods) November 21, 2021
"Saya fikir apa yang ralisitik ketika ini adalah untuk bermain dalam Jelajah PGA satu hari nanti -- bukan secara sepenuh masa, itu tidak mungkin -- tetapi memilih antaranya seperti yang Encik (Ben) Hogan lakukan," kata Woods kepada Golf Digest.
"Pilih beberapa kejohanan dan bermain sekitar itu.
"Ia realiti yang malang tetapi itulah realiti saya. Saya tidak katakan ia 50-50 tetapi ada satu ketika saya hampir keluar daripada hospital dengan kehilangan sebelah kaki," katanya.